Kawasan yang b’hampiran dengan Cahaya Homestay

          PROTON CITY TG.MALIM

 

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

        BANDAR TG.MALIM

SUNGAI INKI,KALUMPANG RESORT

BUKIT FRASER

KTM TG.MALIM

SLIM RIVER

SG.SLIM,PERAK-WATER RAFTING

DARUL QURAN

MRSM KUALA KUBU BHARU

FELDA GEDANGSA

KAK RAW-FELDA  GEDANGSA

Rawatan Alternatif Kak Raw, begitulah namanya. Ia membawa maksud bahawa seorang individu yang di panggil Kak Raw atau nama sebenarnya Fatimah bte Mat Sam (51 tahun) mempunyai kelebihannya tersendiri dalam membuat rawatan terhadap kanak-kanak istimewa atau dipanggil kanak-kanak OKU (Orang Kurang Upaya). Rawatan Alternatif beliau untuk kanak-kanak di bawah 8 tahun dan tidak membuat rawatan untuk orang dewasa. Mereka yang datang mendapatkan rawatan membawa anak-anak mereka yang mengalami pelbagai masalah, antaranya Down Sindrome, Celeberal Palsy, Autism, tidak boleh bercakap dan berbagai lagi.

Kebiasaannya, ibu bapa yang datang mendapatkan rawatan dengan Kak Raw telah berusaha dengan berbagai cara melalui perubatan moden yang dirujuk kepada Doktor Pakar, sama ada di Hospital Kerajaan atau Swasta. Namun, hasil dari maklumat yang diterima dari sahabat dan kenalan, akhirnya mengetahui tentang perubatan alternatif yang dijalankan oleh Kak Raw sejak 15 tahun yang lalu.

Selain daripada rawatan untuk kanak-kanak OKU, beliau juga membuat rawatan Minda yang dikhususkan untuk kanak-kanak sekolah yang mengalami masalah pembelajaran seperti lambat belajar (slow learner), tiada penumpuan terhadap pelajaran dan berbagai masalah lagi. Rawatan Minda khusus untuk menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM juga diadakan.

Beliau membuat rawatan pada hari-hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja kerana pada hari-hari biasa yang lain, beliau bertugas di PDK. Kisah mengenai rawatan alternatif Kak Raw ini juga pernah tersiar di dalam Sintok Online, terbitan Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia keluaran Februari 2008.

Rawatan Alternatif oleh Kak Raw ini diadakan di rumah beliau iaitu di Felda Gedangsa di alamat:

107 Jln Kg Tengah
Felda Gedangsa
44020 Kuala Kubu Baru
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-60463509

Yahoo Messenger: kak_raw57

Kalau nak tau lebih lanjut lagi,bolehlah ke laman web :

http://kakraw.spcs.name.my

 

 BANDAR BEHRANG 2020

INSTUN

Leave a comment